Nadi X Kesedaran: Webinar Pejuang Siber – Menyeluruh, Cegah, Lindung Dunia Siber!
5 Disember 2025 | Aktiviti TerkiniPada 04 Disember 2025 bersamaan hari Khamis, Webinar Pejuang Siber telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada peserta tentang kepentingan penggunaan Internet secara selamat, beretika dan bertanggungjawab serta membantu mereka memahami risiko ancaman siber dan langkah perlindungan yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian.
Aktiviti Utama:
1. Penerangan mengenai matlamat Kempen Internet Selamat dan kepentingannya kepada Masyarakat
2. Perkongsian tentang penggunaan Internet dan peranti secara berhemah
3. Pendedahan berkaitan etika pengginaan Internet
4. Pengenalan kepada pelbagai jenis ancaman siber
5. Langkah pencegahan, kesedaran tentang jejak digital, kesan acaman siber kepada individu serta saluran bantuan yang boleh dihubungi
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk memahami risiko dunia siber dengan lebih jelas, meningkatkan kesedaran tentang keselamatan digital serta mengetahui langkah-langkah yang boleh diambil bagi melindungi diri dan orang sekeliling di alam maya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: